Welcome to my Life

skype name:bobbieiceman yahoo messenger:zoonegarazirafah@yahoo.com

Thursday, September 4, 2008

Gila-Gila Remaja

Ku jejak jalan yang berliku membawa jiwaku memburu impian.Ku mula dengan langkah ini menuju sinaran yang abadi.Itu adalah merupakan antara lirik lagu dari filem 'Gila-Gila Remaja' yang pernah terkenal pada zaman 80-an.Jadi kali ini saya ingin bercakap mengenai remaja memandangkan saya masih lagi merupakan remaja.Bagi saya perkataan gila-gila ini memang sinonim dengan kehidupan seorang individu yang bergelar remaja.Ini kerana pada waktu ini remaja mendapat kebebasan pertama mereka daripada ibu bapa.Jadi tidak hairanlah kalau ramai anak muda zaman sekarang dikatakan memberontak.Walau bagaimanapun bagi saya tidak semestinya remaja dilabel dengan status sedemikian,ini kerana kalau dilihat dari sudut positif remaja merupakan asas yang penting dalam pembentukan sesebuah negara yang maju.Jika remaja tidak diberi perhatian yang cukup maka tidak mustahil satu hari nanti Malaysia akan menjadi Malaya kembali.Menjadi remaja merupakan perkara paling indah yang pernah berlaku di dalam hidup saya dan dengan panduan yang betul,Insyaallah saya akan mencapai impian saya untuk bergelar sebagai golongan professional iaitu sebagai seorang jurutera dan juga usahawan yang berjaya

2 comments:

Fadzrul Hisyam said...

Hahahaha....BOB yang JAMBU
lalala~~

Fadzrul Hisyam said...

weh! tuka le kaler font ko 2!
xleh nak dibace pon!!!
adeh laa!!!